Vaksin cacar
Pencair vaksin cacar di dalam picagari di tepi bebuli vaksin cacar kering Dryvax dan jarum dwicabangan. | |
| Data klinikal | |
|---|---|
| Nama dagang | ACAM2000, Imvanex, Jynneos, lain-lain |
| AHFS/Drugs.com | Micromedex Detailed Consumer Information / ACAM2000 |
| Data lesen | |
| Kaedah pemberian | Subkutaneus |
| Kod ATC | |
| Status perundangan | |
| Status perundangan |
|
| Pengecam | |
| DrugBank | |
| UNII | |
| KEGG | |
Vaksin cacar ialah vaksin pertama yang dihasilkan untuk mencegah penyakit berjangkit. Pada tahun 1796, doktor British Edward Jenner membuktikan jangkitan dengan virus cacar lembu yang agak ringan memberi keimunan untuk mencegah virus cacar yang membawa maut. Cacar lembu menjadi vaksin semula jadi hingga vaksin cacar moden muncul pada abad ke-20. Dari 1958 hingga 1977, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjalankan kempen pemvaksinan sejagat yang membasmi cacar, menjadikannya satu-satunya penyakit manusia yang dibasmikan. Walaupun pemvaksinan cacar rutin tidak lagi dijalankan di khalayak umum, vaksin masih dihasilkan untuk mengelakkan biokeganasan, perang biologi, dan cacar monyet.