Edward Jenner

Edward Jenner

FRS FRCPE
Kelahiran17 May 1749
Berkeley, Gloucestershire, England
Meninggal dunia26 Januari 1823(1823-01-26) (umur 73)
Berkeley, Gloucestershire, England
WarganegaraBritish
Pusat pendidikan
  • St George's, University of London
  • University of St Andrews
Terkenal keranaVaksin cacar
Pemvaksinan
Kerjaya saintifik
BidangPerubatan, sejarah alam
Penasihat akademikJohn Hunter
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "residence"

Edward Jenner FRS FRCPE (17 Mei 1749 – 26 Januari 1823) ialah seorang doktor dan ahli sains Inggeris yang mempelopori idea pelalian melalui pendedahan kepada patogen mati atau pemvaksinan serta pengembangan bahan penggalak ia berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap cacar lembu serta tindak balas terhadap penerimaan penyakit cacar lain pada manusia; penemuan ini dibukukan dalam makalah Inquiry into the Variolae vaccinae known as the Cow Pox tahun 1798.

Kerja-kerja penyelidikan ini mengabadikan beliau sebagai "bapa imunologi" yang menyumbang utama kepada penyelamatan banyak nyawa yang barangkali terkorban atau diancam akibat jangkitan penyakit pada zamannya.