Utusan khas
| Diplomat |
|---|
|
Utusan istimewa dan menteri mutlak (envoy extraordinary and minister plenipotentiary), biasanya dikenali sebagai menteri, ialah ketua misi diplomatik yang berpangkat dibawah duta besar. Misi diplomatik yang diketuai oleh seorang utusan khas dikenali sebagai legation bukannya kedutaan. Dibawah sistem pangkat diplomatik yang ditetapkan oleh Kongres Vienna (1815), seorang utusan khas ialah diplomat kelas kedua yang mempunyai kuasa plenipotensiari, iaitu kuasa penuh untuk mewakili kerajaan. Namun begitu, utusan khas tidak berperanan sebagai wakil peribadi ketua negara mereka sendiri. Sehingga dekad-dekad awal abad ke-20, kebanyakan misi diplomatik adalah dalam bentuk legation yang diketuai oleh diplomat berpangkat utusan. Duta hanya dihantar antara kuasa besar, sekutu rapat, atau negara monarki yang berkait rapat.
Selepas Perang Dunia II, amalan membezakan antara negara sebagai "lebih rendah" tidak lagi boleh diterima, selaras dengan doktrin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kesamarataan kedaulatan negara. Pangkat utusan khas beransur-ansur menjadi lapuk apabila hubungan diplomatik dinaik taraf ke tahap duta. Pangkat ini masih wujud pada tahun 1961 ketika Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik ditandatangani, namun tidak bertahan lama. Wakil-wakil terakhir Amerika Syarikat di negara-negara Pakatan Warsaw seperti Bulgaria dan Hungary telah dinaik taraf menjadi kedutaan pada tahun 1966.
Utusan khas dan legation terakhir di dunia ialah Menteri Sweden ke Afrika Selatan, Ingemar Stjernberg, dan Legasi Sweden di Pretoria, yang dinaik taraf menjadi Duta Besar Istimewa dan Mutlak pada 1 November 1993.