Kuasa usaha
| Diplomat |
|---|
|
Kuasa usaha adalah seorang diplomat yang berkhidmat sebagai ketua misi kedutaan semasa ketiadaan duta besar. Seseorang kuasa usaha menikmati keistimewaan dan kekebalan seperti seorang duta besar di bawah undang-undang antarabangsa dan lazimnya ini juga berlaku kepada pembantu mereka. Kedudukan kuasa usaha berada di bawah duta besar dan mempunyai keutamaan yang lebih rendah dalam acara diplomatik rasmi.