Kumpulan Utusan
| Nama dahulu | Utusan Melayu Press Limited (1939–1967) |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Swasta |
| Industri | Penerbitan dan percetakan |
| Ditubuhkan | 29 Mei 1939 |
| Dibubarkan | 10 Oktober 2019 |
| Nasib | Dibubarkan (saham Dilof dijual kepada Aurora Mulia) |
| Ibu pejabat | No. 44, Jalan Lima, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
| Tokoh penting |
|
| Bilangan kakitangan | 862 (sehingga Oktober 2019) |
| Anak syarikat | |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (menjalankan perniagaan sebagai Kumpulan Utusan) ialah konglomerat penerbitan dan percetakan akhbar Malaysia. Ia telah diperbadankan pada tahun 1939 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Utusan terkenal dengan akhbar perdananya, Utusan Malaysia dan akhbar kembarnya, Kosmo!. Ia juga merupakan penganjur Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Syarikat ini dibubarkan pada 10 Oktober 2019 berikutan masalah kewangan yang berterusan.