Media Mulia

Media Mulia Sdn. Bhd.
Nama dahuluDilof Sdn. Bhd. (2018–2019)
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPenerbitan dan percetakan
PendahuluKumpulan Utusan
Ditubuhkan23 Ogos 2018 (2018-08-23)
PengasasSyed Mokhtar Al-Bukhary
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingSyed Mokhtar Al-Bukhary (Pengerusi)
Syarikat indukKumpulan Utusan 
Anak syarikatMedia Prima Berhad
Tapak webwww.mediamulia.com.my
sunting · sunting di Wikidata

Media Mulia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Dilof) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dijual kepada Media Mulia Sdn. Bhd., pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.

Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Kumpulan Utusan.