Usop Sontorian

Usop Sontorian
Logo Usop Sontorian yang disiarkan dalam musim ketiga pada 1998
GenreAnimasi
Komedi
Drama
PenciptaUjang
Dibangunkan oleh
Kamn Ismail
Ujang
Ditulis olehUjang
Hood Yusof
Azhar Ahmad
Lutfi Ismail
Zahuri Haron
Azizi Hj. Adnan
PengarahKamn Ismail
Pelakon suara
  • Farriz Izwan Khairulanuar
  • Faisal Hairie Khairulanuar
  • Faizal Haredz Mohd Johari
  • Kamn Ismail
  • Zaharah Jidin
  • Dielfitri Tajudin
  • Husaini Jusoh
  • Ruslan Ayob
  • Ahmad Nazri Mahmood
  • Ameirkhannaz Mohammed
  • Marzuki Abdullah
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Syed Rahiman
  • Norwati Ismail
  • Sharifuddin Abdul Rashid
  • Mohd Akib Junid
  • Adzlan Sulong
Penggubah lagu tema
Produksi Rakam Zalikamari
Lagu pembukaanUsop Sontorian
Lagu penutupUsop Sontorian
PenggubahZalikamari
Negara asalMalaysia
Bilangan musim3
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutifMichael Lum
PenerbitOthman Yusof (Musim 1-2)
Michael Lum (Musim 3)
PenyuntingAmisyahril Edwan Amran
Azlina Din
Khairudin Shabudin
LokasiKuala Lumpur
Lembah Klang
Tempoh siaran30 minit
20 minit (tanpa iklan)
Syarikat penerbitan
Kharisma Pictures
Syarikat pengedaran
Eurofine
Arief International, Inc.
Penyiaran
Saluran asalRTM
Format gambar4:3 (576i)
Format audioStereo
Siaran asal4 Mac 1996 – 14 April 1997

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang disiarkan di RTM dari 1996 hingga 1997. Ia direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures.

Siri animasi ini diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan dalam majalah Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Ia juga telah disiarkan di beberapa negara di seluruh dunia. Pada tahun 2009, siri ini disiarkan semula di TV9.

Pengarah siri animasi ini, Kamn Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Quest Animation Sdn. Bhd. Pencipta watak-watak Usop Sontorian, Ujang tidak dibenarkan melukis atau mencipta watak kartun yang mempunyai persamaan dengan Usop Sontorian, ekoran isu perebutan hakcipta.