Kamn Ismail
Kamn Ismail | |
|---|---|
| Kelahiran | Haji Kamarudin bin Ismail 8 Februari 1956 |
| Meninggal dunia | 8 Disember 2019 (umur 63) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor |
| Pekerjaan | Pengarah, penulis, ilustrator, juruanimasi, pelukis komik, pensyarah sambilan |
| Tahun aktif | 1975–2019 |
Karya terkenal |
|
| Pasangan | Hadidah Binti Mohammed |
| Anak-anak |
|
| Anugerah | Tokoh Penggiat Kartun Malaysia 2012 & Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia 2018 |
Haji Kamarudin bin Ismail (8 Februari 1956 – 8 Disember 2019) merupakan seorang pengarah animasi, penulis, juruanimasi, kartunis dan pelukis komik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarahan siri animasi Usop Sontorian (1993–1997) bersama kartunis Ujang, siri animasi terbitan Kharisma Pictures dan beliau juga merupakan pencipta watak dan pengarah animasi adiwira Keluang Man (1997–2001). Beliau juga diiktiraf sebagai pelopor siri animasi dan animasi digital TV pertama di Malaysia.