Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | |
| 马来西亚敦胡先翁大学 (Cina)
மலேசிய துன் உசேன் ஓன் பல்கலைக்கழகம் (Tamil) | |
| Motto | Dengan Hikmah Kita Meneroka |
| Penubuhan | 1993 |
| Jenis | Universiti Awam (IPTA) |
| Canselor | DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor |
| Pro Canselor |
|
| Pengerusi LPU | YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Ahmad |
| Naib Canselor | YBhg Profesor Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali |
| Bandar | Batu Pahat, Johor |
| Negara | Malaysia |
| Kampus | Kampus Bandar Parit Raja,Batu Pahat,
Luar Bandar Pagoh |
| Pelajar | 19 421 (28/02/2022) |
| Laman Sesawang | http://www.uthm.edu.my |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Universiti ini terletak di Parit Raja, daerah Batu Pahat, Johor. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik, Kejuruteraan awam dan alam sekitar,Kejuruteraan mekanikal dan pembuatan,Pengurusan teknologi,Perniagaan dan keusahawanan, Sains komputer dan Teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional. Universiti ini juga adalah salah satu daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) .