Universiti Malaysia Kelantan
| Moto | Entrepreneurship is Our Thrust |
|---|---|
| Jenis | Awam |
| Ditubuhkan pada | 2007 |
| Pengarah | Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan |
| Canselor | Sultan Muhammad V, Al-Sultan Kelantan |
| Naib Canselor | Dato' Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah |
| Pro-Canselor | Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan |
| Pelajar | 9000+ |
| Lokasi | , |
| Kampus | Bachok (Induk), Pengkalan Chepa, Jeli |
| Laman sesawang | http://www.umk.edu.my |
Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.
UMK mempunyai 3 buah kampus utama iaitu kampus kota yang terletak di Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli.
Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.
Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.
UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto 'Keusahawanan ialah Teras Kami', universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.