Ungu Tirus
Di rantau Laut Rum pernah wujudnya suatu pewarna ungu kemerah-merahan semula jadi (Bahasa Yunani Kuno: πορφύρα, porphúra; Latin: purpura) yang diperolehi dari beberapa spesies siput unam serumpun famili keluarga Muricidae (Bolinus brandaris, Hexaplex trunculus dan Stramonita haemastoma) dan tertumpu di kota Tyrus, Phoenicia (kini di Sur, Lubnan moden). Sebatian berwarnanya ialah 6,6'-dibromoindigo.
Sumber mentah dan tenaga buruh yang banyak diperlukan menyebabkan ia sangat berharga, lagi-lagi sifatnya tidak pudar malah menyerlah terkena sinaran matahari; justeru ia digunakan untuk pewarnaan kain toga sarungan para penghulu (magistratus) atau panglima perang (disulam benang emas) dalam kalangan masyarakat Rum purba. Undang-undang abad ke-4 Masihi lagi mengetatkan lanjut penggunaan warna ini untuk Maharaja Rum sahaja. Empayar Byzantium pula menggubal undang-undang mengawal pengeluaran pewaranaannya yang dikhususkan untuk persalinan diraja maharaja dan isi istana baginda sahaja.