Sur, Lubnan

Sur
صور
Tyr, Tyre
Kota
Lajur purba tenggelam dengan latar langit bandar moden di latar belakang.
Sur
Sur
Koordinat: 33°16′15″N 35°11′46″E / 33.27083°N 35.19611°E / 33.27083; 35.19611
Negara Lubnan
KegabenoranKegabenoran Selatan
DaerahTyre
PerbandaranAbbassieh, Ain Baal, Borj Ech Chemali, Sour
Ditubuhkan2750 SM
Keluasan
 • Kota4 km2 (2 batu persegi)
 • Metro
17 km2 (7 batu persegi)
Penduduk
 • Kota60,000
 • Metro
174,000
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
JenisBudaya
Kriteriaiii, vi
Ditetapkan1984 (sesi ke-8)
No. rujukan
299
Parti NegaraLubnan
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "map_size"

Ṣūr (Arab: صور, Latin: Tyrus, Perancis: Tyr bahasa Inggeris: Tyre) ialah sebuah kota terletak di pesisiran Mediterranean kawasan selatan Lubnan. Ia bandar raya kelima terbesar di negara tersebut setelah Beirut, Tripoli, Aley dan Sidon.

Ia merupakan salah satu kota sering dihuni tertua di dunia, walaupun pada zaman pertengahan selama beberapa abad oleh hanya sedikit penduduk. Sepanjang kewujudan ia, kota ini telah memainkan peranan penting dalam sejarah ketamadunan di mana ia merupakan salah satu metropolis Phoenicia paling awal dan menjadi tempat kelahiran legenda kepercayaan Yunani purba. Bandar ini menempatkan banyak tapak-tapak purba yang kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.

Terdapat kira-kira 200,000 penduduk di kawasan bandar pada tahun 2016, termasuk banyak pelarian Palestin yang menghuni kem-kem di Burj El Shimali, El Buss, dan Rashidieh.