Ungku Ismail Aziz

Yang Mulia
Ungku Ismail Aziz
Kelahiran
Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz

(1985-12-26) 26 Disember 1985
KerabatTemenggong Kesultanan Johor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal
Pusat pendidikanUniversity Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
PasanganNad Zainal (k. 2023)
IbuFaridah Ismail
BapaUngku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "Keluarga"

Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi. Antara drama terkenal beliau ialah Tari Tirana, Syurgamu Ramadhan, Bibik-Bibikku, Dendam Aurora, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Adellea Sofea. Pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H, Ungku Ismail selamat bernikah dengan pelakon Nad Zainal di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwinnya RM1,000.