Ungkapan algebra
Dalam matematik, ungkapan algebra ialah ungkapan yang dibina daripada pemalar integer, pemboleh ubah dan operasi algebra (penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian dan pengeksponenan oleh eksponen berupakan nombor nisbah). Contohnya, 3x2 − 2xy + c ialah sebuah ungkapan algebra. Memandangkan mengambil punca kuasa dua adalah sama dengan kuasa 12, berikut juga merupakan ungkapan algebra:
Sebuah persamaan algebra pula ialah persamaan yang melibatkan ungkapan algebra sahaja.
Sebaliknya, nombor transenden seperti π dan e tidak bersifat algebra, kerana ia tidak diperoleh daripada pemalar integer dan operasi algebra. Biasanya, π dibina sebagai perhubungan geometri, dan takrifan e memerlukan bilangan operasi algebra yang tidak terhingga.
Sebuah ungkapan nisbah ialah ungkapan yang boleh ditulis semula dalam bentuk pecahan bernisbah dengan menggunakan sifat operasi aritmetik (kalis tukar tertib dan kalis bersekutu penambahan dan pendaraban, sifat kalis agihan dan peraturan operasi pada pecahan itu). Dalam erti kata lain, ungkapan rasional ialah ungkapan yang boleh dibina daripada pemboleh ubah dan pemalar dengan hanya menggunakan empat operasi aritmetik. Oleh itu,
adalah ungkapan nisbah, sedangkan
pula tidak.
Persamaan nisbah ialah persamaan di mana dua pecahan nisbah dalam bentuk
ditetapkan sama antara satu sama lain. Ungkapan ini mematuhi peraturan yang sama seperti pecahan lazim. Persamaan boleh diselesaikan dengan proses darab silang. Pembahagian dengan sifar adalah tak tertakrif, dan oleh itu, penyelesaian yang menerbitkan pembahagian dengan sifar ditolak.