Nombor nisbah
Nombor nisbah ialah sebarang nombor nyata yang boleh ditulis sebagai suatu nisbah atau pecahan. Suatu nombor nisbah boleh ditulis dalam bentuk a:b dimana a dan b adalah suatu integer dengan satu syarat bahawa penyebut tersebut tidak boleh sama dengan 0.
Sebagai contoh, 2/3 adalah nombor nisbah kerana pengangka dan penyebutnya adalah integer.
Perkataan 'nisbah' datang daripada perkataan bahasa Arab نِسْبَة (nisba) yang digunakan dalam konteks gramatis dan kewangan.