Punca kuasa dua
Dalam matematik, punca kuasa dua bagi nombor x ialah r jika r2 = x. Lain kata, sesuatu nombor r yang kuasa duanya ialah x. Setiap nombor nyata bukan negatif mempunyai satu punca kuasa dua bukan negatif, yang dipanggil "punca kuasa dua utama", dan mempunayi simbol . Misalnya, punca kuasa dua utama 9 ialah 3, , kerana . Punca kuasa dua lain bagi 9 ialah −3.
Setiap nombor positif x mempunyai dua punca kuasa dua, iaitu yang positif dan yang negatif. Punca kuasa dua nombor negatif ditakrifkan melalui nombor kompleks, di mana .
Punca kuasa dua integer bukan kuasa dua sempurna selalunya nombor bukan nisbah. Contohnya, tidak boleh ditulis sebagai , di mana m dan n ialah integer. Ciri ini telah diketahui sejak zaman purba, apabila Hipparchus membuktikan bahasa punca kuasa dua 2 ialah nombor tidak nisbah.