Unai Emery

Unai Emery
Emery ketika menjadi jurulatih Arsenal pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Unai Emery Etxegoien
Tarikh lahir (1971-11-03) 3 November 1971
Tempat lahir Hondarribia, Sepanyol
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa (ketua jurulatih)
Kerjaya remaja
1986–1990 Real Sociedad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1990–1995 Real Sociedad B 89 (8)
1995–1996 Real Sociedad 5 (1)
1996–2000 Toledo 126 (2)
2000–2002 Racing Ferrol 61 (7)
2002–2003 Leganés 28 (0)
2003–2004 Lorca Deportiva 30 (1)
Jumlah 339 (18)
Pasukan diurus
2004–2006 Lorca Deportiva
2006–2008 Almería
2008–2012 Valencia
2012 Spartak Moscow
2013–2016 Sevilla
2016–2018 Paris Saint-Germain
2018–2019 Arsenal
2020–2022 Villarreal
2022– Aston Villa
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Unai Emery Etxegoien ( Sebutan Sepanyol: [uˈnaj ˈemeɾi] ; lahir 3 November 1971) merupakan jurulatih bola sepak berasal dari Sepanyol dan bekas pemain yang kini merupakan ketua jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa.

Selepas kerjaya pemain bola sepak beliau yang dihabiskan kebanyakannya bermain di Segunda División Sepanyol, Emery bertukar karier menjadi jurulatih selepas bersara pada tahun 2004. Dia bermula di Lorca Deportiva, di mana dia membawa kelab itu naik ke Segunda División pada musim pertamanya . Beliau kemudiannya menyertai Almería, yang beliau memimpin keleb naik ke La Liga buat kali pertama dalam sejarah kelab. Beliau kemudiannya berpindah ke Valencia, membawa pasukan itu ke tempat tiga teratas. Selepas meninggalkan Valencia, beliau melatih Spartak Moscow selama enam bulan, sebelum berpindah ke Sevilla pada 2013.

Di Sevilla, Emery memenangi tiga kali berturut-turut trofi Liga Europa, dan berpindah ke kelab Perancis Paris Saint-Germain pada 2016. Di sana, beliau memenangi gelaran Ligue 1, dua gelaran Coupe de France, dua gelaran Coupe de la Ligue, dan dua gelaran Trophée des Champions, yang termasuk 4 gelaran semusim yang merupakan musim keduanya.Selepas tamat kontraknya, Emery dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Inggeris Arsenal pada 2018, menggantikan Arsène Wenger. Beliau menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Europa pada musim pertamanya, sebelum dipecat pada November 2019 selepas beberapa siri keputusan buruk. Beliau dilantik oleh Villarreal pada Julai 2020, di mana beliau memenangi Liga Europa pada musim pertamanya.