Villarreal CF

Villarreal
Nama penuhVillarreal Club de Fútbol S.A.D.
GelaranEl Submarino Amarillo
(The Yellow Submarine atau 'Kapal Selam Kuning')
Diasaskan10 Mac 1942 (1942-03-10)
sebagai Club Atlético Foghetecaz
StadiumEstadio de la Cerámica
(Kapasiti: 23,500)
PresidentFernando Roig
Ketua JurulatihUnai Emery
LigaLa Liga
2024–25La Liga, tempat ke-5 dari 20
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Villarreal Club de Fútbol, S.A.D., selalunya dipanggil Villarreal CF atau Villarreal, ialah sebuah kelab bola sepak yang berasal dari Villarreal, Sepanyol yang bermain di La Liga, liga tertinggi di Sepanyol.

Diasaskan pada 1942, kelab ini banyak menghabiskan masanya di divisyen bawahan dan hanya melakukan debut La Liga mereka pada 1998. Pada abad ke-21, Villarreal berjaya mengimbangi kedudukan mereka di dalam liga,dan membuat kemunculan pertama di Liga Juara-juara Eropah pada 2005. Kelab ini juga muncul di Liga Europa namun tersingkir dari saingan liga pada 2012, kembali semula pada musim seterusnya dan kekal di liga teratas hingga kini. Villarreal memenangi trofi utama pertama mereka pada 2021, mengalahkan Manchester United di pentas final Liga Europa 2021.

Diberi gelaran Submarí Groguet atau El Submarino Amarillo (The Yellow Submarine atau 'Kapal Selam Kuning') disebabkan oleh kit tuan rumah mereka yang berwarna kuning dan juga kerana menjadi pasukan berprofil rendah berbanding Real Madrid, Barcelona, ​​Atlético Madrid, dan saingan serantau Valencia. Stadium tuan rumah pasukan ini ialah Estadio de la Cerámica. Kelab ini juga dijadikan sebagai contoh kelab kecil tetapi tetap berjaya.