Arsène Wenger

Arsène Wenger
Maklumat peribadi
Nama penuh Arsène Wenger
Ketinggian 1.91 m (6 ka ​3 316 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973-1975
1975-1978
1978-1981
FC Mulhouse
Vauban Strasbourg
RC Strasbourg
39 (7)
80 (20)
11 (0)
Pasukan diurus
1984-1987
1987-1994
1994-1996
1996-2018
AS Nancy
AS Monaco
Nagoya Grampus Eight
Arsenal
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "years"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "caps(goals)"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "countryofbirth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "manageryears"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "clubs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "cityofbirth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "dateofbirth"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "managerclubs"

Arsène Wenger OBE (lahir 22 Oktober 1949 di Strasbourg) merupakan seorang pengurus bola sepak Perancis yang mengurus kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal (1996-2018). Beliau merupakan pengurus paling lama dan paling berjaya dalam menguruskan kelab itu.

Beliau dilahirkan di Strasbourg dan dibesarkan di Duttleheim. Bapa beliau yang juga pengurus pasukan bola sepak kampung memperkenalkan bola sepak kepada Arsene, beliau telah menerima diploma pengurusan pada tahun 1981. Berikutan kegagalan untuk mengurus Nancy dan meninggalkan kelab tersebut pada 1987. Beliau menjadi pengurus AS Monaco dan memenangi Kejuaraan Liga Perancis pada 1988. Pada 1991, Wenger membawa Monaco untuk memenangi Piala Perancis, Wenger meninggalkan kelab itu pada 1994. Beliau kemudiannya menjadi jurulatih kepada Nagoya Grampus Eight dalam Liga J. Jepun, dan memenangi Piala Maharaja dan Piala Super Jepun.

Beliau dilantik sebagai pengurus Arsenal pada 1996; beliau telah memenangi kedua-dua Liga dan Piala FA pada tahun berikutnya. Kelab dibawah bimbingan Arsene Wenger itu sekali lagi menjuarai double Liga dan Piala FA; mereka juga memenangi Piala FA Inggeris pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, Arsenal telah memenangi Liga tanpa sebarang kalah iaitu sebanyak 49 perlawanan dan merekodkan kelab paling lama tidak kalah dalam rekod bola sepak Inggeris. Pada tahun 2006, kelab itu berjaya ke perlawanan akhir Juara-Juara Eropah tetapi kalah kepada kelab Sepanyol, FC Barcelona.

Beliau diberi gelaran "Le Professeur" yang sering digunakan oleh peminat dan media-media Inggeris. Pendekatan beliau terhadap perlawanan telah membawa kepada perlawanan yang menarik dan ditontoni. Dibawah bimbingan Wenger, Arsenal telah dikritik kerana mengumpul 100 kad merah dari September 1996 hingga Februari 2014, walaupun telah memenangi anugerah sukan adil.