Ulser kornea
| Ulser kornea | |
|---|---|
Nama lain | Keratitis ulseratif, keratitis |
| Ulser kornea | |
| Pengkhususan | Oftalmologi |
| Gejala | Kepekaan cahaya, sakit mata |
| Kerumitan | Lelas kornea, vaskularisasi, perforasi, glaukoma, astigmatisme, katarak, endoftalmitis, dan kehilangan penglihatan |
| Punca | Jangkitan baketria, kulat, virus atau parasit |
| Pemeriksaan melalui alat lampu celahan melalui tintisan fluoresein | |
| Lelas kornea, bola mata reptur | |
| Rawatan | Antibiotik, titisan mata antikulat |
| sunting | |
Ulser kornea, juga dikenali sebagai keratitis ulseratif atau keratitis sahaja, ialah keradangan di bahagian kornea atau keadaan jangkitan terhadap kornea yang melibatkan gangguan pada lapisan epitelium dengan kehadiran stroma kornea. Ulser kornea merupakan keadaan biasa yang terjadi pada manusia terutama yang menetap di kawasan tropika atau terlibat dalam pekerjan saling kait pertanian. Di negara yang sedang membangun, kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin A akan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan ulser kornea dan memungkinkan untuk menjadi buta pada kedua-dua mata yang berterusan sepanjang hayat. Dalam bidang oftalmologi, ulser kornea biasanya merujuk kepada jangkitan, manakala istilah lelas kornea lebih merujuk kepada kecederaan calar.