Kornea

Kornea
Gambarajah skema mata manusia menunjukkan kornea yang dipisahkan dari sklera oleh limbus kornea
Pengenalpastian
MeSHD003315
TAA15.2.02.012
FMAFMA:58238
Terminologi anatomi
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "DorlandsSuf"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "GraySubject"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "DorlandsPre"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "GrayPage"

Kornea ialah bahagian mata lutsinar yang menutupi iris, anak mata, dan kebuk anterior. Kornea bersama kebuk anterior dan lensa membiaskan cahaya, yang mana kornea menyumbangkan kira-kira dua pertiga jumlah kuasa optik mata. Kuasa pembiasan kornea manusia adalah sekitar 43 diopter. Walaupun kornea menyumbangkan kebanyakan kuasa tumpuan mata, namun tumpuannya adalah tetap, sementara kelengkungan lensa boleh dilaras untuk "melaraskan" tumpuan bergantung pada jarak objek. Istilah-istilah yang berkenaan dengan kornea selalunya bermula dengan awalan "kerat-" dari perkataan Yunani κέρας, keras (tanduk).