Udo Omar


Udo Omar
عمر بن هيتم
Pak Udo dalam watak Haji Bakhil, filem Labu dan Labi
Kelahiran
Haji Omar bin Hitam

1906 (1906)
Meninggal dunia20 Februari 1980(1980-02-20) (umur 73–74)
Penempatan Kampung Melayu (kini Eunos Crescent), kawasan Geylang Serai, antara Jalan Alsagoff dan Jalan Pasir, Singapura
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu)
(kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Udo
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1955–1980
MajikanMalay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura
Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura
Terkenal keranaWatak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.)
Pasangan3
Anak-anak5

Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.