Tunjuk perasaan Kazakhstan 2022

Tunjuk perasaan Kazakhstan 2022
Sebahagian daripada gerakan demokrasi Kazakhstan
Tarikh2 Januari 2022 (2022-01-02) โ€“ kini
Lokasi
Punca
Matlamat
  • Pengurangan harga minyak
  • Pengunduran pemerintahan Kassym-Jomart Tokayev
  • Penghapusan imuniti dan pengunduran Nursultan Nazarbayev daripada Majlis Keselamatan
  • Pilihan raya terus bagi ketua-ketua tempatan Kazakhstan (akim)
  • Pengembalian Perlembagaan 1993
Kaedah
StatusSedang berlaku
  • Pengisytiharan darurat
  • Kerahan pihak PPKK ke Kazakhstan
  • Huru-hara dan penjarahan di Almaty
Penyerahan
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Askar Mamin
  • Peletakan jawatan para menteri Kabinet Mamin
  • Peletakan jawatan Nazarbayev selaku pengerusi Majlis Keselamatan
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan
Pemerintah:
  • Angkatan Tentera
  • Polis Tentera
  • Pengawal Kebangsaan
  • Polis
Templat:Country data CSTO PPKK
Tokoh dan pemimpin utama
Kepimpinan tak terpusat
Unit yang terlibat
Penunjuk perasaan Rusia
  • Divisyen Udara Pengawal Ke-98
  • Briged Spetsnaz Pengawal Ke-45
  • Briged Serangan Udara Pengawal Ke-31
Korban
  • 26 terbunuh
  • 1,000 cedera
  • 2,300 ditangkap

Polis dan Pegawai Kebangsaan:

  • 18 terbunuh
  • 748 cedera

Pada Januari 2022, sebuah protes di Kazakhstan berlaku berikutan kenaikan mendadak harga minyak yang dikatakan oleh pihak pemerintah berlaku disebabkan oleh permintaan yang tinggi serta penetapan harga. Protes mula berlaku di bandar minyak Zhanaozen sebelum merebak ke seluruh negara, termasuk kota terbesar, Almaty. Kemarahan terhadap pemerintahan serta bekas presiden Nursultan Nazarbayev juga menerbitkan demonstrasi yang lebih ketara. Oleh kerana tiada kumpulan pembangkan popular menentang pemerintah terkini negara, demonstrasi ini dilihat diasaskan oleh rakyat sepenuhnya. Presiden Kassym-Jomart Tokayev kemudian bertindak mengisytiharkan darurat di Kawasan Mangystau dan Almaty bermula 5 Januari. Kabinet Mamin pula meletak jawatan pada hari yang sama. Menuruti permintaan Tokayev, Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (PPKK) โ€“ pakatan ketenteraan negara pasca-Soviet, termasuk Armenia, Belarus, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan serta Kazakhstan sendiri โ€“ bersetuju untuk mengerahkan tentera ke Kazakhstan, dengan matlamat pengamanan. Pihak polis tempatan melaporkan bahawa "puluhan penyerang telah dibunuh," sementara Nazarbayev pula dibuang daripada jawatan pengerusi Majlis Keselamatan Kazakhstan.

Sebagai konsesi, Presiden Tokayev berkata had harga bahan api kenderaan sebanyak 50 tenge seliter telah dipulihkan selama 6 bulan. Pada 7 Januari, beliau berkata dalam satu kenyataan, "Ketenteraman Perlembagaan sebahagian besarnya telah dipulihkan di semua wilayah di negara ini." Beliau juga mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan tentera untuk menggunakan kekerasan mematikan terhadap penunjuk perasaan, membenarkan arahan untuk "menembak untuk membunuh" tanpa memberi amaran kepada sesiapa yang berdemonstrasi, memanggil penunjuk perasaan sebagai "penyamun dan pengganas" dan mengatakan bahawa penggunaan kekerasan akan terus "memusnahkan tunjuk perasaan".