Tulisan Meroitik
| Meroitik | |
|---|---|
| Jenis tulisan | dengan vokal /a/ kecuali apabila terdapat tanda vokal: tanda ⟨a⟩, ⟨e⟩, ⟨i⟩, ⟨o⟩ dan suku kata ⟨ ne⟩, ⟨se⟩, ⟨te⟩ dan ⟨to⟩ |
Tempoh masa | 300 SM – 600 TM |
| Bahasa-bahasa | Bahasa Meroitik dan mungkin Nubia Kuno |
| Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | Hieroglif Mesir
|
| ISO 15924 | |
| ISO 15924 | Mero, 100: Hieroglif MeroitikMerc, 101: Kursif Meroitik |
| Unikod | |
Julat Unikod |
|
| Sejarah Huruf |
|---|
|
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM |
| Maruwi 3 SM |
| Salasilah lengkap |
Tulisan Meroitik terdiri daripada dua buah sistem tulisan abugida untuk menulis bahasa Meroitik pada permulaan Zaman Meruwi (abad ke-3 SM) Kerajaan Kush. Dua tulisannya ialah Kursif Meroitik, berasal daripada Mesir Demotik, dan Hieroglif Meroitik, yang berasal daripada hieroglif Mesir. Kursif Meroitik merupakan tulisan yang paling banyak dijumpai, merangkumi kira-kira ~90% daripada semua batu bertulis, dan wujud lebih awal, lebih daripada seratus taun, berbanding inskripsi hieroglif Meruwi yang masih ada. Ahli sejarah Yunani, Diodorus Siculus (s. 50 SM), menerangkan kedua-dua tulisan ini dalam Bibliotheca historica, Buku III (Afrika), Bab 4. Prasasti Meroitik terakhir yang diketahui ialah inskripsi Kursif Meroitik oleh raja Blemmies, Kharamadoye, dari sebatang tiang di Kuil Kalabsha (REM 0094), yang baru-baru ini ditentukan semula tarikhnya kepada 410/450 TM pada abad ke-5. Sebelum Zaman Meroitik, hieroglif Mesir digunakan untuk menulis nama-nama dan kata-kata orang Kush.
Walaupun Kerajaan Kush berakhir dengan kejatuhan ibu kotanya Meruwi, penggunaan bahasa dan tulisan Kursif tetap digunakan untuk beberapa ketika selepas itu. Semasa Pengkristianan Nubia abad pada ke-6, bahasa Kush dan tulisan Kursifnya telah digantikan dengan bahasa Yunani Byzantium, Qibti dan Nubia Kuno. Tulisan Nubia Kuno, yang berasal daripada sistem penulisan Yunani dengan huruf besar, telah menambahkan tiga huruf Kursif Meroitik: ⟨ne⟩, ⟨w(a)⟩, dan mungkin juga ⟨kh(a)⟩ untuk bunyi-bunyi [ɲ], [w – u], dan [ŋ] dalam Nubia Kuno. Penambahan huruf Kursif Meroitik ini mencadangkan bahawa perkembangan tulisan Nubia Kuno bermula, sekurang-kurangnya, dua abad sebelum pengesahan penuh pertamanya pada akhir abad ke-8 dan/atau pengetahuan tentang bahasa dan tulisan Kush dikekalkan sehingga abad ke-8.
Tulisan tersebut dibongkar pada tahun 1909 oleh Francis Llewellyn Griffith, ahli kaji Mesir British, berdasarkan ejaan Meroitik untuk nama-nama Mesir. Walau bagaimanapun, bahasa Meroitik masih kurang difahami. Pada penghujung 2008, pendedikasian raja lengkap yang pertama ditemui, yang mungkin dapat mengesahkan atau menyangkal beberapa hipotesis semasa.
Inskripsi terpanjang yang ditemui berada di Muzium Seni Halus, Boston.