Sengauan velar
| Nombor AFA | 119 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | N | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Sengauan velar ialah sejenis konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan. Bunyi ini dilambangkan oleh ŋ dalam Huruf Fonetik Antarabangsa (IPA), dan N dalam X-SAMPA. Lambang IPA-nya berupa huruf n kecil yang tertumbuh ekor yang menghadap ke kiri di bawah batang kanan huruf berkenaan.
Dalam bahasa Melayu, sengauan velar dilambangkan oleh dwihuruf Rumi ng atau huruf Jawi ڠ nga, contohnya: nganga ڠاڠا, sangka سڠک, sanggup سڠݢوڠ, siang سياڠ.