Malaran tak geser bibir-velar bersuara
| Nombor AFA | 170 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | w | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Malaran tak geser bibir-velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara [w] dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA).
Dalam bahasa Melayu, bunyi ini dilambangkan oleh huruf w, contohnya: wang, sawan. Sebelum ini, ia difahamkan tidak wujud pada suku kata awal bahasa Melayu Kuno – kata-kata pinjaman Sangsakerta dengan fonem ini dipelatkan mengatup pada dedua bibir /b/ (misalnya بڠسا bangsa dari वंश vaṃśa secara terus manakala وڠسا wangsa melalui perantara bahasa Jawa) sehingga meluasnya penyebaran agama Islam yang mengalakkan pendidikan bahasa Arab dengan huruf و wau.