Tularemia
| Tularemia | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Lesion tularemia pada kulit dorsal tangan kanan manusia. | |
| ICD-10 | A21 |
| ICD-9 | 021 |
| P. Data Penyakit | 13454 |
| MedlinePlus | 000856 |
| eMedicine | med/2326 emerg/591 ped/2327 |
| MeSH | D014406 |
| Penafian perubatan | |
Tularemia (juga dikenali sebagai wabak Lembah Pahvant, demam arnab, atau demam Ohara ) ialah sejenis penyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh bakteria Francisella tularensis. Bakteria tersebut yang merupakan kokobasilus bukan motil Gram-negatif ini terbahagi kepada beberapa subspesies yang berbeza-beza tahap kevirulenannya. Yang paling penting ialah F. tularensis tularensis (Jenis A), yang terdapat dalam lagomorfa di Amerika Utara dan sangat mudarat bagi manusia dan arnab jinak. F. tularensis palaearctica (Jenis B) banyak dihidap oleh rodensia akuatik (beaver, muskrat) di Amerika Utara, dan juga kelinci dan rodensia kecil di Eurasia utara, tetapi kurang mudarat bagi manusia dan arnab. Vektor utamanya ialah sengkenit dan lalat Chrysops, tetapi penyakit ini juga boleh direbakkan oleh jenis-jenis artropod yang lain. Penyakit ini dinamakan sempena Kaunti Tulare, California.