Sengkenit

Sengkenit
Julat zaman: Albia hingga kini
Sengkenit rusa dewasa, Ixodes scapularis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Chelicerata
Kelas:
Superorder:
Parasitiformes
Order:
Ixodida

Leach, 1815
Superkeluarga:
Ixodoidea

Leach, 1815
Famili
  • Ixodidae – sengkenit keras
  • Argasidae – sengkenit lembut
  • Nuttalliellidae
Diversiti
18 genus, c. 900 spesies

Sengkenit (Jawi: سڠکنيت), cengkenit, kutu babi, tempiras, caplak atau pirah (bahasa Inggeris: tick) ialah nama biasa untuk araknid kecil dalam keluarga Ixodoidea superkeluarga Ixodoidea, bersama dengan hama-hama lain, membentuk Acarina.

Sengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia; darah yang dihisap ini terkumpul dalam badan sengkenit yang menjadi kembung. Penghisapan ini boleh menyebarkan penyakit melalui patogen seperti bakteria, virus, dan protozoa daripada darah seekor haiwan yang dihinggap sengkenit ini sebelum berpindah kepada seekor haiwan lain, patogen ini pula akan terludah semasa sengkenit menghisap darah haiwan baharu ini. Penyakit-penyakit yang dibawa sengkenit ini termasuk penyakit Lyme, tularemia, demam bintik Pergunungan Rocky dan Rickettsia.