Tujuh maha dosa


Tujuh maha dosa ialah satu pengelasan maksiat dalam ajaran-ajaran Kristian awal untuk mendidik dan melindungi pengikut-pengikutnya daripada naluri-naluri asas manusia. Gereja membahagikan dosa kepada dua jenis:

  • dosa kecil: boleh dimaafkan melalui upacara suci
  • dosa besar: boleh memusnahkan hidup limpah kurnia serta menghadapi penglaknatan kekal, jika tidak dibebaskan melalui sakramen pengakuan dosa.

Bermula dengan awal abad ke-14, kepopularan tujuh maha dosa di kalangan pelukis-pelukis pada masa itu telah mengukuhkan kedudukannya dalam kebudayaan manusia di seluruh dunia. Ketujuh-tujuh maha dosa yang telah diterima secara umum adalah seperti berikut:

  • superbia: Kebanggaan
  • avaritia: Ketamakan
  • luxuria: keborosan, kemudian nafsu berahi
  • invidia: Keirian
  • gula: Kelahapan
  • ira: Kemarahan
  • acedia: Keculasan.

Setiap maha dosa mempunyai salah satu daripada Tujuh Sifat Murni Suci yang sepadan.