Tretinoin
| Data klinikal | |
|---|---|
| Nama dagang | Retin-a, Avita, Renova, lain-lain |
| Nama lain | ATRA |
| AHFS/Drugs.com | Monograph Topikal: Monograph |
| MedlinePlus | a608032 |
| Data lesen | |
| Kategori kehamilan |
|
| Kaedah pemberian | Topikal, mulut |
| Kod ATC | |
| Status perundangan | |
| Status perundangan |
|
| Data farmakokinetik | |
| Pengikatan protein | > 95% |
| Penyingkiran separuh hayat | 0.5 – 2 jam |
| Pengecam | |
| |
| Nombor CAS | |
| PubChem CID | |
| IUPHAR/BPS | |
| DrugBank | |
| ChemSpider | |
| UNII | |
| KEGG | |
| ChEBI | |
| ChEMBL | |
| CompTox Dashboard (EPA) | |
| ECHA InfoCard | 100.005.573 |
| Data kimia dan fizikal | |
| Formula | C20H28O2 |
| Jisim molar | 300.44 g·mol−1 |
| Model 3D (JSmol) | |
| Takat lebur | 180 °C (356 °F) |
| |
| |
| (verify) | |
Tretinoin, juga dikenali sebagai asid retinoik semua trans (ATRA), ialah ubat yang digunakan untuk rawatan jerawat dan leukemia promielositikakut. Bagi jerawat, ia digunakan pada kulit sebagai krim, gel atau salap. Bagi leukemia pula, ia diambil melalui mulut sehingga tiga bulan. Tretinoin topikal juga merupakan terapi retinoid yang paling banyak dikaji bagi penuaan foto.
Kesan sampingan biasa apabila digunakan sebagai krim adalah terhad kepada kulit, dan termasuk kemerahan kulit, pengelupasan dan kepekaan matahari. Apabila digunakan melalui mulut, kesan sampingan termasuk sesak nafas, sakit kepala, kebas, kemurungan, kekeringan kulit, kegatalan, keguguran rambut, muntah, sakit otot dan perubahan penglihatan. Kesan sampingan lain yang teruk termasuk bilangan sel darah putih yang tinggi dan pembekuan darah. Penggunaan semasa mengandung adalah kontraindikasi oleh kerana risiko kecacatan kelahiran. Ia adalah dalam keluarga ubat retinoid.
Tretinoin telah dipatenkan pada 1957, dan diluluskan untuk kegunaan perubatan pada 1962. Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Tretinoin boleh didapati sebagai ubat generik. Pada 2020, ia adalah ubat ke-230 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 2 juta preskripsi.