Transformers: Age of Extinction

Transformers: Age of Extinction
PengarahMichael Bay
PenulisEhren Kruger
BerdasarkanTransformers oleh
Hasbro
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAmir Mokri
Disunting oleh
  • William Goldenberg
  • Roger Barton
  • Paul Rubell
Muzik olehSteve Jablonsky
Syarikat
penerbitan
  • di Bonaventura Pictures
  • Hasbro
  • China Movie Channel
  • Jiaflix Enterprises
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 Jun 2014 (2014-06-19) (tayangan perdana Hong Kong)
  • 27 Jun 2014 (2014-06-27) (China dan Amerika Syarikat)
Masa tayangan
165 minit
NegaraAmerika Syarikat
China
BahasaEnglish
Bajet$210-350 juta
Pecah panggung$1.104 bilion

Transformers: Age of Extinction (atau Transformers 4) ialah filem sains fiksyen 2014 berdasarkan francais Transformers. Ia merupakan filem keempat dalam siri filem Transformers. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Dark of the Moon. Ia diarahkan oleh Michael Bay dan ditulis oleh Ehren Kruger. Steven Spielberg dan Bay berperanan sebagai penerbit eksekutif. Ia dibintangi Mark Wahlberg dengan Peter Cullen menyambung wataknya sebagai suara Optimus Prime. Filem ini ditayangkan pada Jun 27, 2014.

Filem ini menerima ulasan negatif dengan rating sebanyak 18% di Rotten Tomatoes. Ia juga menerima tujuh pencalonan di Anugerah Raspberi Emas ke-35 termasuk Filem Paling Teruk dan Prekuel, Buatan Semula, Rip-off atau Sequel Paling Teruk. Bay dan Kelsey Grammer memenangi Anugerah Pengarah Paling Teruk dan Pelakon Lelaki Sokongan Paling Teruk. Walau bagaimanapun, ramai memuji kesan visual filem ini serta lakonan Wahlberg, Grammer dan Stanley Tucci. Walaupun menerima ulasan negatif, filem ini mecapai kejayaan besar di box office, mengutip $1.104 bilion di seluruh dunia menjadikan filem ini sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014, filem dengan kutipan kedua tertinggi dalam siri Transformers, filem kesembilan belas utuk mengutip lebih daripada $1 bilion dan filem dengan kutipan ketiga belas tertinngi sepanjang masa.

Filem kelima, Transformers 5 dijadual ditayangkan pada tahun 2017.