Optimus Prime

Optimus Prime


Seorang lelaki mengenakan kostum watak Optimus Prime di Johor, Malaysia

Penerbit IDW Publishing dengan kerjasama Hasbro
Kemunculan pertama Transformers Generasi 1
Dicipta oleh Takara Kojin Ono
Statistik
Nama sebenar Nama Asal : Orion Pax
Nama Jepun: Convoy
Status Robot Cybertron
GabunganAutobots
Nama lainPemimpin Autobot
Kuasa terkenal Bertukar dari robot ke lori treler

Optimus Prime (dulu dikenali Orion Pax) adalah satu watak fiksyen dalam francais animasi Transformers. Optimus Prime secara konsisten digambarkan mempunyai keperibadian yang tinggi, kepimpinan cemerlang, dan kemahiran teguh membuat keputusan, dan memiliki taktik tentera yang bijak, seni bela diri yang kuat, dan persenjataan asing yang maju. Optimus Prime mempunyai perasaan hormat yang tinggi dan bersikap adil, berjiwa dedikasi membina keamanan dan saling hidup sesama manusia, melindungi kehidupan dan kebebasan semua spesis yang berakal.

Sebagai pembawa terkini Matrix Kepimpinan, Optimus Prime adalah pemimpin de facto Autobot, sebuah kumpulan spesis kepintaran sintetik transformer dari planet Cybertron. Pihak Autobot sentiasa melancarkan perang saudara terhadap puak lawan robot transformer yang dipanggil Decepticon. Menurut Bob Budiansky, penulis bersama siri Transformers, Dennis O'Neil bertanggungjawab memberi namanya.