Rotten Tomatoes

Rotten Tomatoes
Maklumat umum
URLxx Srottentomatoes.com
JenisAggregator ulasan filem dan komuniti pengguna
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Ditubuhkan19 Ogos 1998
Pengurusan dan pentadbiran
Pemilik
Pengasasxx SSenh Duong
KomersialYa
PendaftaranTidak diwajibkan
Perangkaan
Kedudukan Alexaxx S 658 (April 2019)
Lokasi
Ibu pejabatSan Francisco , Amerika Syarikat
Negara asalxx SAmerika Syarikat
Pautan luar berkaitan
OCLC48768329
Pautan lain
Catatan
sunting ยท sunting di Wikidata

Rotten Tomatoes ialah sebuah laman sesawang dilancarkan pada 1998 dikhaskan untuk ulasan dan berita filem; ia dikenali dengan meluas sebagai aggregator ulasan filem. Liputan kini termasuk kandungan TV juga. Nama laman ini berasal daripada amalan penonton yang membaling tomato busuk apabila tidak menyukai lakonan pentas yang kurang memberansangkan. Syarikat ini dicipta oleh Senh Duong dan sejak bulan Januari 2010, ia dimiliki oleh Flixster, yang juga telah diperolehi pada tahun 2011 oleh Warner Bros.

Sejak 2007, ketua pengarang laman sesawang ini ialah Matt Atchity. Versi tempatan boleh didapati di United Kingdom, India dan Australia. Dari awal 2009 sehingga September 2010, Current Television menyiarkan rancangan mingguan, The Rotten Tomatoes Show menampilkan hos dan bahan dari laman sesawang ini. Sebuah segmen yang lebih pendek telah dimasukkan ke dalam rancangan mingguan, InfoMania, tetapi ia berakhir pada 2011. Pada September 2013, laman sesawang ini memperkenalkan "TV Zone", sebuah bahagian untuk memberi ulasan rancangan TV.