Toyota Racing

Toyota
Nama penuhPanasonic Toyota
Racing
PangkalanCologne, Jerman
Kakitangan terbaikTadashi Yamashina
Ove Andersson
Pascal Vasselon
Pemandu terbaik Ralf Schumacher
Jarno Trulli
Timo Glock
Kamui Kobayashi
Olivier Panis
Cristiano da Matta
Ricardo Zonta
Allan McNish
Mika Salo
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2002
Perlumbaan140
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan0
Podium13
Petak pertama3
Pusingan terpantas3
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2009

Panasonic Toyota Racing merupakan sebuah pasukan Formula Satu yang dimiliki oleh pengeluar kereta kebangsaan Jepun, Toyota. Pasukan ini berpangkalan di Cologne, Jerman. Walaupun berjaya mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan pertama mereka, Panasonic Toyota Racing tidak pernah memenangi sebuah Grand Prix, dan keputusan terbaik mereka ialah di tempat kedua, dan mereka telah mencapai keputusan ini sebanyak lima kali, pada tahun 2005, 2008 dan 2009.

Toyota dikritik kerana kurang berjaya, terutamanya selepas musim 2006, di mana keputusan terbaik pasukan ialah tempat ketiga, iaitu di Grand Prix Australia. Toyota merupakan salah sebuah pasukan yang ditaja dengan baik, namun pasukan tidak pernah mencapai keputusan yang konsisten.

Pada 4 November 2009, Toyota mengumumkan yang mereka akan menarik diri dari Formula Satu, maka berakhirlah kemajuan Toyota selepas lapan musim.