Toyota Avanza

Toyota Avanza
Maklumat
PengilangAstra Daihatsu (Indonesia)
Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (Malaysia)
Juga dikenaliDaihatsu Xenia
Pengeluaran2003-kini
PendahuluToyota Kijang (Generasi kelima, generasi keenam, digantikan oleh Toyota Kijang Innova)
KelasMPV mini
Gaya badanMPV 5-pintu
Reka letakBentangan FR
EnjinGasolin:
1.0 L I3 VVT-i
1.3 L I4 VVT-i
1.5 L I4 VVT-i
PenghantaranManual dan automatik
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,120 mm (162.2 in)
Lebar1,630 mm (64.2 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)
Berat Curb1,130 kg (2,491 lb)
Muatan45 liter (11.9 US gal; 9.9 imp gal)

Toyota Avanza (juga dikenali sebagai Daihatsu Xenia di Indonesia dan China) ialah MPV mini yang direka bentuk dan dikeluarkan di Indonesia serta dipasang di Malaysia di bawah penyeliaan Toyota. Kereta itu dilancarkan di Ekspo Auto Gaikindo pada 2003 dan mencapai jualan melebihi 100,000 unit pada tahun itu. Nama "Avanza" berasal daripada perkataan Itali, avanzato, yang membawa pengertian "maju".

Avanza ialah model baharu yang dibangunkan sebagai MPV premier bawah, berdasarkan Toyota Kijang yang dibahagikan menjadi dua model yang berbeza; model yang lain itu ialah Toyota Innova yang berspesifikasi lebih tinggi dan menyasarkan pasaran yang lebih atas.

Selain daripada Indonesia dan Malaysia, Avanza juga dijual di Lubnan, Bangladesh, Thailand, Filipina, Afrika Selatan, Mexico, dan China.