Toyota Innova

Toyota Kijang Innova
Maklumat
PengilangToyota Astra Motor
Toyota Motor Vietnam
Toyota Kirslokar Motor
Kuozui Motors
Toyota Motor Philippines
Juga dikenaliToyota Innova
Pengeluaran2004—sekarang
PemasanganBangalore, India
Karawang, Indonesia
Santa Rosa City, Laguna, Filipina
Jhongli, Taiwan
Vĩnh Phúc, Vietnam
Subang, Shah Alam, Malaysia
Karnataka, Bangalore
Samut Prakan, Thailand
PendahuluToyota Kijang (Indonesia)
Toyota Zace (Taiwan)
Toyota Venture/Stallion/Condor (Afrika)
Toyota Qualis (India)
Toyota Unser (Malaysia)
KelasMPV
Gaya badanMPV 5 pintu
PelantarN-series
Enjin1TR-FE 2.0L & 2TR-FE 2.7L bensin (VVT-i),
2KD-FTV 2.5L Turbo Diesel (D4-D).
PenghantaranManual 5 percepatan dan Otomatis 4 percepatan
Jarak roda2,750 mm (108.3 in)
Panjang4,555 mm (179.3 in)
Lebar1,770 mm (69.7 in)
Tinggi1,750 mm (68.9 in)
Berat Curb1,665 kg (3,671 lb)
BerkaitToyota Fortuner
Toyota Hilux
Toyota Kijang

Toyota Kijang Innova adalah sebuah MPV buatan Toyota Motor Corporation yang dihasilkan di Indonesia oleh Toyota Astra Motor sejak tahun 2004. Merupakan kesinambungan daripada Toyota Kijang dan dipasarkan tahun 2004. Kijang Innova adalah salah satu daripada tiga produk IMV (lain adalah Toyota Hilux dan Toyota Fortuner) yang digagas Toyota sebagai asas produk kenderaan global yang berasal dari satu platform. Di negara lain, kereta ini hanya disebut Toyota Innova.

Kijang Innova juga dijual di India (menggantikan Toyota Qualis), Malaysia dan Singapura (menggantikan Unser), Filipina (menggantikan Toyota Revo), Taiwan (menggantikan Toyota zace Surf), Vietnam (menggantikan Toyota zace) dan Thailand. Kereta ini juga boleh didapati di pasaran Brunei Darussalam, Arab Saudi, dan Uni Emirat Arab.

Toyota Kijang Innova generasi kedua dilancarkan pada tarikh 23 November 2015.