Phlowtron

Phlowtron
AsalMalaysia
sunting · sunting di Wikidata


Phlowtron merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi gig underground yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan sering bekerjasama dengan Too Phat.

Asalnya Phlowtron telah bergerak di bawah naungan Kartel Records (Joe Flizzow). Setelah beberapa tahun, Khalid bersama Atom dabomb telah menubuhkan Phuture Phlow Sdn Bhd dan seterusnya menubuhkan label tersendiri iaitu Phuture Phlow Muzik.

Album pertama Phlowtron, “Hip Pop” telah diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Phlowtron kemudiannya melancarkan album kedua mereka yang berjudul “Warisan Senikata Malaya” di Planet Hollywood. Album yang mengandungi 7 lagu Melayu dan 3 lagu Inggeris ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Ini adalah cubaan pertama kumpulan ini dalam menghasilkan album berbahasa Melayu.

Lagu-lagu yang terkandung dalam “Warisan Senikata Malaya” ialah:

Melayu • Adikku Pandai Menari bersama VE • Bicara Neguran • Warisan Senikata Malaya • Oh Cinta bersama Fab Cats • Suara Dunia

Inggeris • Boomshake • Dance & Groove • Phlowtron Jones Featuring Atomdabomd