Tokyo Revengers

Tokyo Revengers
東京卍リベンジャーズ
(Tōkyō Ribenjāzu)
Genre
Manga
PengarangKen Wakui
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
Kodansha USA (digital)
DemografikShōnen
Majalah AsalMajalah Shōnen Mingguan
Tarikh Pengeluaran1 Mac 201716 November 2022
Jilid31
Siri televisyen anime
PengarahKoichi Hatsumi
Skrip/PenulisYasuyuki Mutō
Lagu/MuzikHiroaki Tsutsumi
StudioLiden Films
Dilesenkan olehCrunchyroll
Penyiaran AsalMBS, TV Tokyo, TV Aichi, TVh, TVQ, BS Asahi, AT-X, TSK, QAB, RKK, Astro Jing Cai Tai
Tarikh tayangan11 April 202127 Disember 2023
Episod50
Animasi internet original
ChibiReve
PengarahMinoru Ashina
StudioStudio Puyukai
Dikeluarkan pada12 April 202120 September 2021
Episod24
Filem aksi sebenar
PengarahTsutomu Hanabusa
StudioWarner Bros. Jepun
Dikeluarkan pada9 Julai 2021 (2021-07-09)

Tokyo Revengers (Jepun: 東京卍リベンジャーズ, Hepburn: Tōkyō Ribenjāzu, "Pendendam Tokyo") ialah sebuah siri manga Jepun dikaryakan dan diilustrasikan Ken Wakui. Ia diterbitkan secara bersiri dalam Majalah Shōnen Mingguan milik Kodansha pada Mac 2017 hingga November 2022.

Sebuah adaptasi siri televisyen anime oleh Liden Films disiarkan pada 11 April 2021 hingga 27 Disember 2023. Sebuah filem aksi langsung telah ditayangkan di Jepun pada 9 Julai 2021.

Adaptasi siri televisyen anime yang diterbitkan oleh Liden Films, disiarkan dari April hingga September 2021. Musim kedua disiarkan dari Januari hingga April 2023. Musim ketiga ditayangkan pada Oktober 2023. Adaptasi filem aksi langsung telah dikeluarkan di Jepun pada Julai 2021, dengan sekuel dua bahagiannya dikeluarkan pada April dan Jun 2023.

Menjelang Jun 2024, manga itu mempunyai lebih 80 juta salinan dalam edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris sepanjang zaman. Pada tahun 2020, Tokyo Revengers memenangi Anugerah Manga Kodansha ke-44 untuk kategori shōnen.