The Troubles

The Troubles

Peta politik pulau Ireland
Tarikh1968–1998
Lokasi
Ireland Utara
Keganasan merebak sedikit di Republik Ireland, England dan tanah besar Eropah
Keputusan
  • Kegiatan perang terhenti
  • Perjanjian Good Friday (1998)
  • Perjanjian Santo Andrews (2006)
  • Penarikan balik pihak tentera British dalam Operasi Banner
  • Pelucutan senjata paramiliter
  • Konflik kecil-kecilan yang berterusan
Pihak yang terlibat

Angkatan-angkatan keselamatan negara


  • Angkatan Pertahanan Ireland
  • Gardaí

Paramiliter republikan Ireland

  • Provisional IRA
  • Official IRA (1969–1972)
  • Irish National Liberation Army (INLA) (1974–1998)
  • Irish People's Liberation Organisation (IPLO) (1986–1992)
  • Continuity IRA (1994–)
  • Real IRA (1997–)
Disokong:
Libyan Arab Jamahiriya (arms shipments)

Ulster loyalist paramilitaries

  • Ulster Volunteer Force (UVF)
  • Ulster Defence Association (UDA)
  • Red Hand Commando (RHC)
  • Ulster Resistance (UR) (1986–1989)
  • Loyalist Volunteer Force (LVF) (1996–1999)
Kerugian dan korban

Tentera British: 705
& (inc. UDR)
RUC: 301
NIPS: 24
TA: 7
Other UK police: 6
Tentera Udara Diraja British: 4
Tentera Laut Diraja British: 2
Jumlah: 1,049


Tentera Darat Ireland: 1
Gardaí: 9
IPS: 1
Jumlah: 11
PIRA: 291
INLA: 39
OIRA: 27
IPLO: 9
RIRA: 2
Jumlah: 368
UDA: 91
UVF: 62
RHC: 4
LVF: 3
UR: 2
Jumlah: 162
Korban awam: 1,841 (atau 1,935 termasuk bekas anggota)
Jumlah yang terkorban: 3,532
Jumlah yang tercedera: 47,500+
Jumlah keseluruhan: sekitar 50,000

The Troubles ("Kesusahan", Ireland: Na Trioblóidí) atau juga umumnya dikenali sebagai "Konflik Ireland Utara" (bahasa Inggeris: Northern Ireland conflict) merupakan sebuah konflik etnonasionalis yang berlaku di Ireland Utara pada akhir abad 20. Konflik yang kadang-kadang digambarkan sebagai "perang gerila" atau "perang peringkat rendah" ini bermula sejak tahun 1960-an dan biasanya dianggap telah berakhir dengan Perjanjian Jumaat Suci pada tahun 1998. Walaupun konflik ini tertumpu di Ireland Utara, keganasan yang berlaku kadangkalanya turut dilaporkan tertumpah ke bahagian-bahagian tertentu di Republik Ireland, Britain, dan tanah besar Eropah.

Konflik ini didorongi motif politik dan nasionalisme melalui peristiwa-peristiwa sejarah tertentu. Ia juga bermotifkan etnik atau mazhab, namun ia bukanlah berdasarkan agama. Isu utama yang dibangkitkan dalam konflik ini adalah status perlembagaan Ireland Utara. Pihak yang setia dengan Britain (Unionist atau Loyalist) kebanyakannya berfahaman Protestan dan inginkan Ireland Utara kekal dalam United Kingdom; manakala pihak nasionalis atau republikan Ireland bermazhab Katolik mahukan Ireland Utara berpisah daripada United Kingdom dan bersatu semula dengan republik Ireland.