Penyatuan Ireland
Penyatuan Ireland ialah suatu perbahasan yang timbul berkaitan usul menyatukan kedua-dua entiti Republik Ireland dan Ireland Utara (dalam kerajaan United Kingdom kepada suatu negara berdaulat.
Fahaman ini merupakan tiang utama dalam fahaman republikanisme Ireland baik daripada parti politik mahupun pertubuhan paramiliter yang mendokongnya. Golongan "Unionist" pula menentang fahaman ini di mana mereka mendokong kekalnya status Ireland Utara sebagai negeri dalam United Kingdom.