Bruno Ganz
Bruno Ganz | |
|---|---|
Ganz pada 2011 | |
| Kelahiran | 22 Mac 1941 |
| Meninggal dunia | 16 Februari 2019 (umur 77) Wädenswil, Switzerland |
| Dikebumikan | Friedhof Rehalp, Zürich, Switzerland |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1960–2019 |
| Pasangan | Sabine Ganz (k. 1965) |
| Rakan kongsi domestik | Ruth Walz |
| Anak-anak | Daniel |
| Anugerah |
|
Bruno Ganz (bahasa Jerman: [ˈbruːno ˈɡant͡s] ( dengar); 22 Mac 1941 - 16 Februari 2019) ialah pelakon Switzerland yang kerjayanya dalam produksi televisyen dan filem Jerman merangkumi hampir 60 tahun. Beliau terkenal dengan kolaborasi bersama pengarah Werner Herzog, Éric Rohmer, Francis Ford Coppola, dan Wim Wenders. Beliau mendapat pengiktirafan meluas dengan peranannya sebagai Jonathan Zimmerman dalam The American Friend (1977), Jonathan Harker dalam Nosferatu the Vampyre (1979) dan Damiel the Angel dalam Wings of Desire (1987).
Ganz mendapat pujian antarabangsa yang lebih meluas untuk penggambarannya sebagai Adolf Hitler dalam filem Der Untergang yang dapat pencalonan Oscar. Beliau juga pernah berperanan dalam beberapa filem berbahasa Inggeris, termasuk The Boys from Brazil (1978), Strapless (1989), The Manchurian Candidate (2004), The Reader (2008), Unknown (2011) dan Remember (2015). Di panggung, Ganz memerankan watak Dr Heinrich Faust dalam pementasan oleh Peter Stein bertajuk Faust, Part One dan Faust, Part Two pada 2000.
Dari tahun 1996 hingga kematiannya pada 2019, Ganz adalah pemegang cincin Iffland-Ring Republik Austria, yang diteruskan dari pelakon ke pelakon — masing-masing mewariskan cincin itu ke pemegang berikutnya. Iffland-Ring menilai sesebuah pelakon itu sebagai "pelakon yang paling signifikan dan paling layak dalam dunia hiburan berbahasa Jerman". Ganz juga mendapat penghormatan dengan Order of Merit dari Jerman dan menjadi kesatria Légion d'honneur Perancis.