The Promised Neverland

The Promised Neverland
約束のネバーランド
(Yakusoku no Nebārando)
Genre
Manga
PengarangKaiu Shirai
IlustrasiPosuka Demizu
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh Pengeluaran1 Ogos 201615 Jun 2020
Jilid20
Novel ringan
PengarangNanao
IlustrasiPosuka Demizu
PenerbitJump J-Books
DemografikLelaki
Tarikh Pengeluaran4 Jun 20184 Disember 2020
Jilid4
Manga
Oyakusoku no Neverland
PengarangShūhei Miyazaki
PenerbitShueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Jump+
Tarikh Pengeluaran11 Januari 201928 Mac 2019
Jilid1
Siri televisyen anime
PengarahMamoru Kanbe
Skrip/Penulis
  • Toshiya Ono (#1–21)
  • Kaiu Shirai (#13–21)
Lagu/MuzikTakahiro Obata
StudioCloverWorks
Dilesenkan oleh
Anime Limited
Penyiaran AsalFuji TV (Noitamina)
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan11 Januari 201926 Mac 2021
Episod23
Anime
PengarahYūichirō Hirakawa
Skrip/PenulisNoriko Gotou
Lagu/MuzikMasahiro Tokuda
StudioToho
Dikeluarkan pada18 Disember 2020 (2020-12-18)
Permainan
The Promised Neverland: Escape the Hunting Grounds
PembangunGOODROID
PengeluarCyberAgent
PelantarAndroid, iOS
Tarikh dikeluarkan
  • JP: April 22, 2021

The Promised Neverland (Jepun: 約束のネバーランド, Hepburn: Yakusoku no Nebārando, Neverland Yang Dijanjikan) merupakan sebuah siri manga Jepun ditulis oleh Kaiu Shirai dan dilukis oleh Posuka Demizu. Manga ini telah diterbitkan secara bersiri di dalam majalah Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari Ogos 2016 sehingga Jun 2020, dengan bab-babnya dikumpulkan di dalam dua puluh jilid tankōbon Di Amerika Utara, Viz Media melesenkan manga untuk pasaran bahasa Inggeris dan menerbitkannya secara bersiri di majalah digital Shonen Jump Mingguan mereka. Siri ini menceritkan kisah sekumpulan anak yatim piatu dan rancangan mereka untuk melarikan diri dari rumah anak yatim mereka, setelah mengetahui kebenaran pahit di sebalik keberadaan mereka dan tujuan rumah anak yatim itu ditubuhkan.

The Promised Neverland telah diadaptasi kepada siri televisyen anime yang dihasilkan oleh CloverWorks dan disiarkan oleh blok pengaturcaraan Noitamina milik Fuji TV. Musim pertama siri tersebut berjalan selama 12 episod dari bulan Januari hingga Mac 2019. Musim kedua berjalan selama 11 episod dari Januari hingga Mac 2021. Sebuah adaptasi filem aksi langsung telah disiarkan pada Disember 2020. Amazon Studios juga sedang mengusahakan sebuah siri aksi langsung versi Amerika.

Pada tahun 2018, manga ini telah memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-63 dalam kategori shōnen. Setakat April 2021, The Promised Neverland mempunyai lebih 32 juta salinan dalam peredaran, termasuk versi digital, menjadikannya salah satu siri manga terlaris. Musim pertama siri anime diterima baik oleh para pengkritik malah dianggap sebagai salah satu siri anime terbaik pada tahun 2010-an. Namun, musim kedua mendapat maklum balas negatif oleh kerana jalan cerita yang terlalu laju dan plot manga yang asal terlalu diringkaskan.