CyberAgent

CyberAgent Inc.
Nama asli株式会社サイバーエージェント
Nama rumiKabushiki-gaisha Saibāējento
Jenis/bentuk sahPublic
Didagangkan sebagaiTYO: 4751
ISINJP3311400000
IndustriOnline advertising
Media and Entertainment
Streaming media
Video games
Ditubuhkan18 Mac 1998 (1998-03-18)
PengasasSusumu Fujita
Ibu pejabatAbema Towers
150-0042 Shibuya, Tokyo, Japan
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh penting
  • Susumu Fujita (Representative Director)
  • Makoto Fujita (President)
  • Yusuke Hidaka (Executive Vice President)
  • Takahiro Yamauchi (Director)
Keluaran
  • Television
  • Television Production
  • Digital media
  • Publishing
  • Music
  • Merchandise
  • Streaming network service
  • Home video
  • Live event promotion
PerkhidmatanLicensing
Hasil ¥30.4 billion (2019)
Pendapatan kendalian¥30,825 million (2019)
Pendapatan bersih¥16,131 million (2019)
Jumlah aset¥224,876 million (2019)
PemilikSusumu Fujita
(20.50%)
Bilangan kakitangan5,282 (2019)
Anak syarikatAbemaTV (55.2%)
Ameba
Cygames (69%)
Craft Egg
CyberZ
FC Machida Zelvia
CCPR
Sirok
GCrest
Griphone
WinTicket
CyberFight
Tapak webcyberagent.co.jp
sunting · sunting di Wikidata

CyberAgent Inc. (株式会社サイバーエージェント, Kabushiki-gaisha Saibāējento) adalah sebuah syarikat pengiklanan digital Jepun. ia diasaskan pada 1998 oleh Susumu Fujita dan beribu pejabat di Shibuya, Tokyo. Syarikat ini dimiliki oleh Susumu Fujita dengan pegangan syarikat pada 20.50%; Fujita merupakan wakil pengarah manakala Yusuke Hidaka adalah naib pengerusi eksekutif.

Syarikat CyberAgent disenaraikan di dalam Bursa Saham Tokyo dan merupakan salah satu konstituen dalam saham Nikkei 225 sejak tahun 2000.

Pada tahun 2016, syarikat ini telah menubuhkan perkhidmatan penstriman secara siaran langsung yang dipanggil ''FRESH LIVE'' . Pada 1 April tahun 2016 perkhidmatan itu telah dipindahkan kepada salah satu anak syarikat CyberAgent iaitu syarikat AbemaTV dan nama penstriman tersebut ditukar kepada AbemaTV FRESH! Pada 26 Jun tahun 2018, nama perkhidmatan tersebut ditukar lagi kepada FRESH LIVE . Perkhidmatan itu mula ditutup secara beransur bermula pada 12 Februari tahun 2019 dengan menghalang penciptaan saluran baharu dan segala pengarkiban dan fungsi lain di saluran sedia ada mula ditutup. Penutupan sepenuh perkhidmatan tersebut adalah pada 30 November tahun 2020 setelah ia diumumkan pada 9 Oktober 2020. Sejak tahun 2019, CyberAgent telah menyepadukan perkhidmatan dengan OPENREC.tv, salah satu lagi perkhidmatan penstriman siaran langsung yang dikendalikan oleh anak syarikat CyberAgent iaitu CyberZ, dan beberapa saluran yang sedia ada sudah berhijrah ke perkhidmatan itu.