The Masked Singer Malaysia

The Masked Singer Malaysia
GenreRancangan realiti
Berdasarkan daripada
King of Mask Singer oleh
Munhwa Broadcasting Corporation
PengacaraDatuk AC Mizal
Lagu pembukaan"Siapakah Dirimu"
PenggubahShah Slam (pengarah muzik)
Altimet
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim4 (Siri Asal)
2 (Siri Reunion Raya)
Bilangan episod39 (Siri Asal)
2 (Siri Reunion Raya)
Penerbitan
PenerbitKhairul Anwar Ibrahim
Najib Amin
Lokasi
Tempoh siaranKira-kira lebih dua atau tiga jam
Syarikat penerbitan
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Astro Malaysia)
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 September 2020 - 18 Februari 2024 (Setakat ini)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Maharaja Lawak Mega
Gegar Vaganza
Big Stage
The Masked Singer Malaysia Reunion
Pautan luar
Laman sesawang

The Masked Singer Malaysia (akronimnya, TMSMY) merupakan sebuah rancangan realiti muzik misteri Malaysia berdasarkan daripada francais Masked Singer yang berasal dari rancangan TV realiti Korea Selatan, King of Mask Singer. Ia mula bersiaran di Astro Warna dan dihoskan oleh Datuk AC Mizal.Musim Pertama (TMSMY 1) disiarkan buat pertama kali di Astro Warna pada pukul 9:00 malam (Waktu Malaysia) pada hari Jumaat sebanyak 8 episod (minggu) dari 18 September sehingga 6 November 2020.

Musim Kedua (TMSMY 2) mula bersiaran pada 28 Januari - 1 April 2022. Manakala, Musim Ketiga (TMSMY 3) mula bersiaran pada 23 Disember 2022 - 3 Mac 2023. Dan Musim Keempat (TMSMY 4) pula bersiaran secara langsung buat pertama kali di Asia dan kedua di dunia selepas negara Jerman bermula 17 Disember 2023 - 18 Februari 2024 pada hari Ahad.