The Martian (filem)
| The Martian | |
|---|---|
| Pengarah | Ridley Scott |
| Lakon layar | Drew Goddard |
| Berdasarkan | The Martian oleh Andy Weir |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Dariusz Wolski |
| Disunting oleh | Pietro Scalia |
| Muzik oleh | Harry Gregson-Williams |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | 20th Century Fox |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 141 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | English |
| Bajet | $108 juta |
| Pecah panggung | $627 juta |
The Martian ialah sebuah filem sains fiksyen Amerika Syarikat 2015 diarahkan oleh Ridley Scott dan dibintangi Matt Damon. Filem ini adaptasi berdasarkan novel tahun 2011 berjudul sama karya Andy Weir dengan skrip oleh Drew Goddard. Damon melakonkan watak Mark Watney seorang angkasawan yang disangka terkorban ketika menjalanka misi di planet Marikh. Filem ini menggambarkan perjuangannya untuk terus hidup dan usaha orang lain untuk menyelamatkannya. Filem ini juga dibintangi Jessica Chastain, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Michael Peña, Kate Mara, Sean Bean, Sebastian Stan, Aksel Hennie dan Chiwetel Ejiofor.
Penerbit filem ini, Simon Kinberg mula membangunkan filem ini selepas 20th Century Fox mendapatkan perjanjian kontrak mendadaptasikan novel Weir pada bulan Mac 2013. Drew Goddard mengadaptasi novel ini kepada skrip dan pada mulanya terikat untuk mengarah tetapi filem ini tidak dijalankan. Scott menggantikan Goddard dan Damon diberi watak utama seterusnya produksi diberi lampu hijau. Penggambaran bermula pada bulan November 2014 dan mengambil masa kira-kira 70 hari. Kira-kira 20 set telah dibina di Budapest, Hungary. Wadi Rum di Jordan juga digunakan sebagai latar belakang praktikal untuk penggambaran.
Filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015 pada 11 September 2015. 20th Century Fox mengeluarkan filem ini di teater Amerika Syarikat pada 2 Oktober 2015. Filem ini dikeluarkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D dan 4DX. Filem ini menerima ulasan positif dan mengutip lebih daripada $624 juta di seluruh dunia menjadikan ia filem Scott dengan kutipan tertinggi setakat ini dan filem kesepuluh dengan kutipan tertinggi pada tahun 2015. Ia menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi. Filem ini menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Goddard. Untuk lakonan beliau, Damon menerima beberapa pencalonan anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Anugerah BAFTA untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Critic's Choice untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Muzikal atau Komedi.