Matt Damon

Matt Damon
Matt Damon pada tahun 2015
Kelahiran
Matthew Paige Damon

(1970-10-08) 8 Oktober 1970
WarganegaraUSA
PekerjaanPelakon, Penerbit, Penulis
Tahun aktif1988 - kini
PasanganLuciana Bozán Barroso (k. 2005)
Anak-anak4
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Matthew Paige "Matt" Damon (/ˈdmən/; lahir 8 Oktober 1970) ialah seorang pelakon, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat. Matt Damon dan Ben Affleck menulis lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi, Good Will Hunting (1997) yang juga dibintangi olehnya. Beliau merupakan salah seorang daripada 40 pelakon lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebagai tambahan kepada banyak anugerah yang diterima oleh Damon termasuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe, beliau menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2007 untuk kerjanya dalam industri filem.

Matt Damon dikenali sebagai pelakon versatil, membintangi dalam filem-filem yang mencapai kejayaan komersial dan kritis seperti siri Bourne, Ocean, The Talented Mr. Ripley (1999), Dogma (1999), Saving Private Ryan (1998) dan The Martian (2015). Beliau mendapat pujian kritis untuk lakonannya dalam Syriana (2005) dan The Good Shepherd (2006) serta The Departed (2006).