The Disaster Artist (filem)

The Disaster Artist
PengarahJames Franco
Lakon layar
  • Scott Neustadter
  • Michael H. Weber
BerdasarkanThe Disaster Artist: My Life Inside The Room, the Greatest Bad Movie Ever Made oleh
Greg Sestero
Tom Bissell
Dihasilkan oleh
  • James Franco
  • Vince Jolivette
  • Seth Rogen
  • Evan Goldberg
  • James Weaver
Dibintangi
SinematografiBrandon Trost
Disunting olehStacey Schroeder
Muzik olehDave Porter
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 12 Mac 2017 (2017-03-12) (SXSW)
  • 1 Disember 2017 (2017-12-01) (AS)
Masa tayangan
103 minit
NegaraAS
BahasaEnglish
Bajet$10 juta
Pecah panggung$23.8 juta

The Disaster Artist merupakan filem biografi dan komedi-drama Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan dan diterbitkan oleh James Franco. Ditulis oleh Scott Neustadter dan Michael H. Weber, filem ini berdasarkan buku bukan fiksyen Greg Sestero dan Tom Bissell dengan judul yang sama, berceritakan tentang pembikinan filem Tommy Wiseau pada tahun 2003 berjudul The Room, yang dianggap salah satu filem terburuk. Filem ini dibintangi oleh James dan Dave Franco sebagai Wiseau dan Sestero, disamping Seth Rogen (yang juga bertindak sebagai penerbit), Alison Brie, Ari Graynor, Josh Hutcherson, dan Jacki Weaver.

Filem ini telah ditayangkan di South by Southwest pada 12 Mac 2017, kemudiannya di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2017 pada 11 September dan Festival Filem Antarabangsa San Sebastián 2017 di mana filem ini menjadi filem Amerika Syarikat pertama yang memenangi hadiah utama, Golden Shell sejak A Thousand Years of Good Prayers pada tahun 2007.

Diedarkan oleh A24 di Amerika Syarikat dan Warner Bros. Pictures untuk pasaran antarabangsa, The Disaster Artist telah diedarkan secara terhad pada 1 Disember 2017 sebelum pembukaan besar-besaran pada 8 Disember 2017. Filem ini menerima pujian dari para pengkritik filem terutama lakonan James Franco, dan turut dipilih oleh National Board of Review sebagai salah satu filem terbaik 2017. James Franco telah menangi Pelakon Lelaki Terbaik - Muzikal atau Komedi semasa Anugerah Golden Globe ke-75 selain menerima pencalonan untuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi.