Dave Franco

Dave Franco
Franco pada 2016
Kelahiran
David John Franco

(1985-06-12) 12 Jun 1985
PendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–kini
PasanganAlison Brie (k. 2017)
Saudara

David John "Dave" Franco (lahir 12 Jun 1985) merupakan seorang pelakon televisyen dan filem Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dengan peranan kecil dalam filem seperti Superbad (2007) dan Charlie St. Cloud (2010). Berikutan peranan dalam musim 9 siri komedi Scrubs, Franco telah mencipta kejayaan filemnya sebagai peranan pembantu dalam filem komedi 21 Jump Street (2012).

Franco telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Fright Night (2011), Now You See Me (2013) dan kesinambungannya Now You See Me 2 (2016), Warm Bodies (2013), Neighbors (2014) dan kesinambungannya Neighbors 2: Sorority Rising (2016), Nerve (2016), The Little Hours (2017) dan The Disaster Artist (2017).