The Dark Knight Rises
| The Dark Knight Rises | |
|---|---|
Theatrical release poster | |
| Pengarah | Christopher Nolan |
| Lakon layar |
|
| Cerita oleh |
|
| Berdasarkan | Batman oleh Bob Kane |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Wally Pfister |
| Disunting oleh | Lee Smith |
| Muzik oleh | Hans Zimmer |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 165 minit |
| Negara |
|
| Bahasa | Inggeris |
| Bajet | $250–300 juta ($230 juta selepas kredit cukai) |
| Pecah panggung | $1,081,041,287 |
The Dark Knight Rises ialah filem superhero tahun 2012 diarahkan Christopher Nolan yang menulis lakon layar bersama dengan adiknya Jonathan Nolan dan cerita dengan David S. Goyer. Berdasarkan watak DC Comics, Batman, filem ini merupakan siri terakhir dalam trilogi filem Batman Christopher Nolan, dan merupakan susulan kepada filem Batman Begins (2005) dan The Dark Knight (2008). dianggap sebagai salah satu filem terbaik dekad dan sepanjang masaL
Christian Bale mengekalkan peranan utamanya sebagai Bruce Wayne/Batman, dengan pelakon kembali iaitu sekutunya: Michael Caine sebagai Alfred Pennyworth, Gary Oldman sebagai James Gordon, dan Morgan Freeman sebagai Lucius Fox. Dalam filem ini, Bruce Wayne bertemu dengan Selina Kyle (Anne Hathaway), perempuan pencuri penggoda yang licik, dan Bane (Tom Hardy), askar upahan yang mahu memusnahkan Bandar Raya Gotham, memaksa Bruce Wayne kembali dari persaraan dan menjadi Batman kembali.