Hans Zimmer

Hans Zimmer
Zimmer pada tahun 2018
Maklumat latar belakang
Nama lahirHans Florian Zimmer
Juga dikenali
sebagai
HansFlorian
Kelahiran (1957-09-12) 12 September 1957
Frankfurt, Hesse, Jerman Barat
WarganegaraJerman dan Amerika Syarikat
GenreSkor filemmuzik permainan videorunut bunyi
PekerjaanKomposer,
Alat muzikPiano, papan kekunci, pensintesis, gitar, banjo
Tahun aktif1977–kini
DiskografiLihat: Hans Zimmer discography (en)
Syarikat rakamanRemote Control Productions, Bleeding Fingers Music
Anggota bagiHelden
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriVicki Carolin (mul)
Suzanne Zimmer (mul)
AnakJake Zimmer (en)
Zoë Zimmer (mul)
Annabel Zimmer (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawang
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Hans Florian Zimmer (Sebutan bahasa Jerman: [ˈhans ˈfloːʁi̯aːn ˈtsɪmɐ]  ( dengar);lahir 12 September 1957) ialah seorang komposer Skor filem Jerman dan penerbit rekod. Dia adalah penerima empat Anugerah Grammy, tiga Anugerah BRIT Klasik, tiga Anugerah Golden Globe, satu BAFTA, dua Anugerah Akademi, dan dinamakan dalam senarai Top 100 Living Geniuses, diterbitkan oleh The Daily Telegraph.

Karya beliau terkenal kerana menyepadukan bunyi muzik elektronik dengan susunan orkestra tradisional, Sejak 1980-an, Zimmer telah mengarang muzik untuk lebih 150 filem. Karya beliau termasuk The Lion King (yang mana dia memenangi Anugerah Akademi untuk Skor Muzik Asal Terbaik pada tahun 1995), Gladiator, The Last Samurai, siri Pirates of the Caribbean, The Dark Knight trilogi, Inception, Interstellar dan Dunkirk dan Dune pada tahun 2022 dan memenangi Anugerah Akademi untuk dune.

Zimmer menghabiskan bahagian awal kerjayanya di United Kingdom sebelum berpindah ke Amerika Syarikat. Beliau ialah ketua bahagian muzik filem di studio DreamWorks dan bekerja dengan komposer lain melalui syarikat yang diasaskannya, Remote Control Productions, dahulunya dikenali sebagai Media Ventures. Studionya di Santa Monica, California dan mempunyai rangkaian luas peralatan komputer dan papan nada, membolehkan versi demo skor filem dibuat dengan cepat.